Satu tribunal khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam skandal kerugian RM8 billion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.
Gesaan itu dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mat Zain membuat gesaan itu selepas Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil, Pengerusi Panel Penilai Operasi MACC (ORP) , mengisytiharkan Gani Patail ‘bersih’ daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di Mekah bersama-sama Shahidan Shafie, seorang proksi kepada Tajuddin Ramli.
“Apabila ia melibatkan isu kelakuan seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya hanyalah sebuah tribunal yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan Perdana Menteri, seperti yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6)
Kami mohon sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam tanpa mengira ideologi politik dalam usaha mendesak AG berundur supaya siasatan yang adil dapat dijalankan!
Pembongkaran segala kesalahan AG akan kami lakukan satu-persatu selepas ini.
InsyaAllah.
Percayalah kami ada bukti dan kami ada rangkaian dengan individu yang pernah berurusan dengan AG. Jika ada yang bertanya kenapa tidak diserahkan bukti kepada pihak berkuasa?
Kerana kami tahu AG akan menggunakan pengaruh beliau untuk mempengaruhi badan penguatkuasa. Malah kami juga tahu AG dengan IGP tidak serasi serta pernah 'bergaduh'.
Jadi biar rakyat yang menghakimi AG berdasarkan pendedahan yang bakal kami lakukan!
Sebagai pemanas segmen #TanyaAG, kita mulakan dengan soalan. kenapa AG tidak diumumkan kepada rakyat hasil keputusan siasatan insiden Lahad Datu?


No comments:
Post a Comment