Helo
Ketua Polis Negara, nak bagitau kalau Ghani Patail mahu dakwa Ustaz
Shahol Hamid di bawah Akta Hasutan - kena minta AG dakwa sekali paderi
Lawrence Andrew yang berkeras mahu menggunakan kalimah Allah sedangkan
titah Sultan Selangor & Enakmen Kerajaan Negeri Selangor melarang
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Jika Ustaz Shahol Hamid dikatakan menghasut & menghina agama Hindu apakah
tindakan Lawrence Andrew bukan satu bentuk hasutan & menghina
penganut agama Islam selain mengingkari titah Sultan Selangor.
Umat Islam perlu tahu atas alasan apa KPN memberi jaminan tidak akan
memanggil paderi Lawrence untuk kali kedua selepas kertas siasatan kes
tersebut dikembalikan semula oleh AG?
Umat Islam kena tahu akta
perundangan mana AG & PDRM guna dalam melepaskan Lawrence Andrew
dari sebarang pendakwaan kerana polis telah merakam percakapan 99
individu & jelas dia berdegil mahu menggunakan kalimah Allah serta
tidak memohon maaf kepada umat Islam - adakah kertas siasatan kes
Lawrence Andrew telah dicampak ke dalam tong sampah Pejabat AG &
IGP? YY
No comments:
Post a Comment