Tuesday, 5 August 2014

KAYANYA GANI

Pertemuan Tun Mahathir, Shafee Abdullah & Mat Zain Ibrahim pada 10 Ogos 2013 ada membincangkan salah laku Ghani Patail.

Malah menurut akuan bersumpah Mat Zain, dalam pertemuan itu, Shafee mendakwa Ghani Patail melakukan pengkhianatan yang turut menimbulkan kemarahan Tun Mahathir.

Selain itu, Shafee turut menyatakan Ghani Patail mendapat layanan lebih istimewa berbanding layanan Singapura kepada seorang Menteri yang melawat negara itu.

Selepas beberapa jam, Mat Zain & Shafee terus bertemu dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang & bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff,yang turut memaklumkan masalah Ghani Patail kepada Tun Mahathir.

Susulan pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain membuat pengakuan berkanun berhubung perkara tersebut pada 7 Oktober 2013.

Malah menurut Mat Zain, Shafee turut menjelaskan bahawa satu jumlah wang yang sangat besar dipindahkan ke dalam akaun bank Ghani di Hong Kong.

No comments:

Post a Comment