Tuesday, 5 August 2014

GANI BAWA KEPINCANGAN

Naib Ketua Pemuda UMNO Msia Khairul Azwan & Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Razlan Rafii menyerahkan memo kepada SKMM agar bertindak pantas dalam kes-kes penghinaan kepada agama Islam di media sosial.

Setakat ini kejayaan paling besar Suruhanjaya yang ditubuhkan bagi memantau bahan di laman internet adalah block lebih seribu website lucah.

Justeru, lebih baik bubarkan saja SKMM dan serahkan kes jenayah siber kepada PDRM sepenugnya dengan menubuhkan pasukan khas untuk memantau segala bahan & berita di laman internet serta kes jenayah siber.

Buat apa ada Suruhanjaya kalau apa yang rakyat harapkan sehingga hari ini masih tidak berjaya dilakukan oleh SKMM.

Momentum yang dimulakan oleh rakan pengamal media sosial lalu diketengahkan oleh KP Wilayah Persekutuan, Sdr. Razlan Rafii kini menjadi agenda perjuangan Pemuda UMNO Msia.

Tekanan & desakan harus berterusan dan jangan berhenti selagi AG tidak diberhentikan & berlaku kepincangan dalam sistem perundangan negara.


No comments:

Post a Comment