Friday, 8 August 2014

GANI TAK TERIMA GRADUAN USIM

Maklumat yang kami perolehi, AG bukan sahaja menindas umat Melayu Islam secara umum, malah dia juga menjalankan polisi penindasan terhadap Melayu Islam di Jabatannya dan di dalam dunia amalan guaman.

Sebagai Pengerusi Badan Kelayakan (Qualifying Board) dia telah mendiskriminasi beratus-ratus graduan undang-undang di kalangan Melayu Islam dari USIM dengan TIDAK MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN kepada KURSUS UNDANG-UNDANG DI Fakulti Syariah dan Undang-undang-USIM. Malah graduan USIM langsung tidak diberikan peluang utk berkhidmat sbg pegawai undang-undang dalam JUDICIAL & LEGAL SERVICE sekalipun Kursus Undang-undang selama 5 tahun dI USIM itu telah mendpt pengiktirafan MQA dan JPA sama seperti UIA.

Sebelum ini diskriminasi atas sentimen kebencian kpd Melayu/Islam itu dilakukan kpd graduan Undang-undang dari UUM. Bertahun juga mereka fight. Akhirnya mereka dapat pengiktirafan dengan syarat-syarat tertentu.

Dasar apartheid AG dalam hal ini dilaksanakan secara bersama dengan BAR Council yg amat skeptic terhadap kursus Undang-undang yang digabung dengan Syariah. Inilah puncanya peguam-peguam di negara ini buta langsung tentang aspek Kedaulatan Islam sebagai AGAMA NEGARA. Ia juga terserlah dalam benak kepala AG yang berpendidikan sekolah missionary di Sabah.

No comments:

Post a Comment