Monday, 4 August 2014

AG DAN KELVIN YIP

Tatkala umat Islam menyambut 1 Syawal sekali lagi agama Islam dihina oleh pengguna Facebook bernama Kelvin Yip - persoalannya kenapa kes yang melibatkan sensitiviti agama & kaum semakin menjadi-jadi di Facebook.

Sebab tiada seorang pun yang dipenjarakan atas kesalahan menghina agama recap kes Alvin & Vivian yang dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan.

Mungkin Peguam Negara suka aksi kongkek mereka - satu daripada tiga tuduhan iaitu beraksi lucah digugurkan kerana bukan beragama Islam - Lalu didakwa bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina agama Islam, selepas seminggu dipenjarakan - pada 25 Julai 2013 mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM30k.

Sebagai syarat jaminan mahkamah menetapkan agar pasangan ini serah pasport, lapor diri setiap minggu di balai polis & TIDAK AKSES INTERNET untuk muat naik komen, gambar etc (tak boleh online) sementara menunggu perbicaraan dijadualkan Januari 2014.

Belum pun Januari 2014 mereka didapati melanggar perintah mahkamah apabila dilihat akses internet, komen (Twitter) pada 26 Ogos 2013 sepatutnya PDRM dah kutip sebab melanggar perintah mahkamah, tapi apa yang kita tengok, usahkan mahu kutip perbicaraan semula pun entah ke mana.

Jadi kenapa perlu takut untuk menghina agama Islam atau komen berbaur perkauman kerana tidak ada seorang pun yang ke penjara - justeru, siapa nak jawab soalan ini adakah TS Khalid Abu Bakar, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), DS Zahid Hamidi,SKMM atau Ghani Patail? YY

No comments:

Post a Comment