Tuesday, 5 August 2014

GANI CUBA BAGI BUAH PELEPAS



Cara Ghani Patail selamatkan tengkuk sendiri, semua orang tahu PDRM bertanggungjawab dalam membuka kertas siasatan lalu diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ambil contoh kes Lawrence Andrew, di mana PDRM telah menyiapkan kertas siasatan kes tersebut dengan merakam percakapan 99 individu.

Selepas itu PDRM menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan iaitu membuat pendakwaan ke atas Lawrence Andrew kerana menghasut mahu gunakan kalimah Allah walhal ia melanggar Enakmen Kerajaan Negeri selangor serta ingkar Titah Tuanku Sultan Selangor.

Tetapi AG kembalikan kertas siasatan tersebut kepada IGP, di mana selepas menerima semula kertas siasatan tersebut. IGP keluarkan kenyataan tidak akan memanggil untuk kali kedua paderi Lawrence Andrew.

Jadi sekarang AG kata IGP, manakala IGP pula kata AG. YY

No comments:

Post a Comment