Mat Zain bin Ibrahim
16 Mac 2012.
Kepada;
YDH Tan Sri Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Bukit Aman,
Kuala Lumpur.
iho@rmp.gov.my
YDH Tan Sri,
SALAHLAKU GANI PATAIL : MENUBUHKAN TRIBUNAL???
Saya meramalkan bahawa PM Najib, TIDAK akan menasihatkan YDP Agong
untuk menubuhkan Tribunal, menyiasat tingkah laku Tan Sri Abdul Gani
Patail,Peguam Negara,walaupun beberapa banyak pendedahan salahlaku
jenayah telah dibuat terhadap beliau sejak 13 tahun yang lampau.
PM Najib lebih rela memansuhkan undang-undang ISA dan Ordinan
Dharurat,atau menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja Siasatan dalam kes
lain.Malah beliau bersedia membenarkan suami Shahrizat dituduh
di-Mahkamah dan jika terdesak, akan sanggup membiarkan Sharizat dan
anak-anak mereka juga dituduh kerana bersubahat.
Namun,dalam keadaan apa pun,PM Najib tidak akan membiarkan penubuhan
Tribunal, jika penubuhan tersebut adalah untuk menyiasat Gani Patail dan
Musa Hassan mantan Ketua Polis Negara,khasnya berkaitan memberi atau
merekacipta keterangan palsu dalam sesuatu penyiasatan atau pendakwaan.
Anwar Ibrahim pernah membuat laporan polis pada 1.7.2008, mendakwa
berlaku pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata-lebam,
melibatkan Gani Patail,Musa Hassan,seorang Dr.Rahman dan ACP Mat Zain
(diri saya sendiri).Laporan itu pula digembar gemburkan, disiasat oleh
sepasukan khas dari Badan Pencegah Rasuah (kemudian SPRM) serta mendapat
liputan media seluasnya.
Begitu pun saya menyatakan, bahawa siasatan tersebut telah
diklasifikasikan sebagai kesalahan “Salahguna kuasa”dibawah Seksyen 15
Akta Pencegah Rasuah 1997, tetapi bukan kerana kesalahan “Memberi atau
mereka keterangan palsu” seperti terdapat didalam Seksyen 192 Kanun
Keseksaan.
Setahu saya, ingredients untuk membuktikan kesalahan dibawah Seksyen
15 Akta BPR adalah jauh berbeza dengan yang wajib dibuktikan untuk
kesalahan ‘memberi atau mereka keterangan palsu dibawah Kanun
Keseksaan.Malah Sek.15 Akta 575 itu pada pengalaman saya, tidak releven
langsung dengan siasatan mereka keterangan palsu.
Saya telah dipanggil sekurangnya 5 kali memberi keterangan kes ini,
selain daripada pemeriksaan dilakukan dikediaman saya pada 4.7.2008
dimana pihak BPR mengambil beberapa banyak dokumen berkaitan siasatan
ini. Saya ada menyuarakan pendapat saya kepada pegawai penyiasat kes,
mengenai salah arahtuju siasatan dan menunjukkan dokumen-dokumen mana
yang patut difokuskan, jika mengikut pengalaman saya.
Selepas itu,seorang pegawai perakam baru diarahkan untuk merakamkan
semula percakapan saya dibawah seksyen 112 Kanun Prosidur
Jenayah(CPC).Itupun untuk siasatan dibawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,
yang juga lari serta tidak memenuhi ingredient dakwaan mereka keterangan
palsu, seperti terdapat dibawah seksyen 192 KK.
Saya tidak mempersoalkan kemampuan dan kecekapan BPR/SPRM menjalankan
siasatan dalam kes-kes rasuah dan salahguna kuasa dibawah Akta
mereka.Dalam siasatan ini mereka lebih mahir dari polis.Namun dalam
kes-kes di-bawah Kanun Keseksaan pula, mereka harus akui bahawa itu
adalah bread and butter polis.
Contoh terbaik dan terkini ialah; apabila satu pengaduan berkaitan
pecah amanah jenayah (CBT) dibuat terhadap keluarga Shahrizat Jalil
berhubung skandal NFC.Pihak SPRM sendiri yang menghantar kes itu kepada
pihak polis dengan mengakui kes CBT dibawah Kanun Keseksaan, bukan
bidang mereka.
Sepatutnya Gani Patail dan Musa Hassan sendiri yang menasihatkan
pihak BPR bahawa penyiasatan mereka tidak teratur jika mereka berdua
tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan,dan tidak menunggu orang
pencen seperti saya untuk melakukannya.
Hakikatnya,Gani Patail dan Musa Hassan,Dr.Rahman serta termasuk juga saya sendiri tidak pernah, diulangkan tidak pernah, disiasat kerana dakwaan merekacipta keterangan palsu, mengikut keperluan seksyen 192 Kanun Keseksaan.
‘Whitewashing exercise’.
Alasan bahawa polis tidak boleh menyiasat kes yang melibatkan Ketua
Polis Negara sendiri adalah mengarut.Dalam kes mata-lebam 1998,saya cuma
berpangkat ACP ketika dilantik menyiasat kes melibatkan KPN sendiri
dengan dua orang pembantu berpangkat ASP sahaja.
Kami mampu menyiasat without fear or favour, serta mengemukakan
cadangan yang telus dan betul,hanya untuk dilengahkan dan
dimanipulasikan, selain daripada beberapa keterangan dipalsukan oleh
Gani Patail dan Allahyarham Peguam Negara ketika itu,dengan
dipermudahkan oleh Musa Hassan.
Saya mengulangi kenyataan yang pernah saya buat menerusi beberapa
surat terbuka saya,bahawa perlantikkan Panel Bebas oleh Peguam Cara
Negara (SG),dan membersihkan Gani Patail dan Musa Hassan menerusi
Parlimen adalah satu whitewashing exercise sahaja.
Kandungan Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) yang panjang
lebar dibacakan oleh YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri dalam bulan
Disember 2010,adalah mengelirukan.
Kenyataan Menteri menegaskan Dr.Rahman dan saya, bukan sabjek
penyiasatan SPRM mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh tidak
dijalankan, kerana kami berdua turut dinamakan sebagai saspek bersama
Gani Patail dan Musa Hassan dalam laporan polis yang telah dibuat
itu.Jika siasatan tidak meliputi Dr.Rahman dan saya, bermakna siasatan
tidak lengkap.
Saya tidak meletakkan kesalahan kepada YB Nazri Aziz, kerana beliau
sekadar membacakan sahaja laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam
Negara, yang berada dibawah kawalan dan arahan Gani Patail.Tambahan pula
YB Nazri Aziz belum menjadi ‘Menteri Undang-Undang’ ketika Panel Bebas
dilantik dan membuat keputusan membersihkan Gani Patail dan Musa Hassan
berdua.
Jika Gani Patail sanggup menggunakan beberapa laporan palsu dalam RCI
mata-lebam yang beliau sedar akan dipersembahkan kepada SPB Yang
Di-Pertuan Agong,maka apatah lagi untuk sekadar menipu Jemaah Menteri
dan rakyat biasa.
Itu pun dijangka, Kerajaan akan berkeras mempertahan Gani Patail dan
Musa Hassan bersih daripada salahlaku jenayah seperti yang diumumkan
.Walaupun begitu,hakikatnya ialah;bahawa kedua mereka hanya dibersihkan
bagi kesalahan ‘salahguna kuasa’ dibawah Akta BPR sahaja dan tidak bagi
dakwaan kesalahan lain.
Saya menekankan; Gani Patail,Musa Hassan,Dr.Rahman dan termasuk diri
saya sendiri, belum boleh dibersihkan daripada dakwaan kesalahan mereka
keterangan palsu dalam penyiasatan insiden mata-lebam 1998 oleh kerana
TIDAK ADA penyiasatan yang dilakukan menurut Seksyen 192 Kanun
Keseksaan.Oleh itu, status Gani Patail dan Musa Hassan masih lagi
sebagai saspek-saspek utama,sama dengan Dr.Rahman dan Mat Zain.
PM DIRAMALKAN TIDAK AKAN MENASIHATKAN YDP AGONG MENUBUHKAN TRIBUNAL.
Menurut Perlembagaan Persekutuan,hanya Perdana Menteri seorang sahaja
yang boleh membuat representasi kepada YDP Agong, untuk menubuhkan
suatu Tribunal yang mengandungi Ahli-Ahli sepertimana yang ditetapkan,
bagi mengadili tingkahlaku seorang Peguam Negara,sepertimana perbekalan
Artikel 145(6) dibaca bersama Artikel 125(3) Perlembagaan.
PM tidak perlu mendapat kelulusan Parlimen atau dari Jemaah Menteri
atau apa-apa Order to Investigate atau Sanction to Prosecute daripada
Peguam Negara, untuk melaksanakan kuasa ini.Pada pendapat saya, Parlimen
atau mana-mana Menteri pun tidak boleh menjawab bagi pihak PM berkaitan
Tribunal kerana mengikut Perlembagaan, kuasa menasihatkan YDP Agong
untuk menubuhkan Tribunal adalah hak ‘exclusive’ PM seorang diri.
\
Dari segi pembuktian salahlaku memalsukan keterangan seperti yang
didakwa,telahpun berada dalam pengetahuan dan simpanan PM Najib sejak
19.2.2009, ketika beliau masih lagi seorang Timbalan Perdana
Menteri.Soal menjustifikasikan tindakan PM tidak timbul.Diharap YAB PM
telah dinasihatkan beliau boleh dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika
terus menyembunyikan salahlaku jenayah sesaorang.
Saya menekankan, dengan bukti-bukti yang terdapat dalam kertas
siasatan insiden mata-lebam dan dokumen-dokumen dalam Laporan
Suruhanjaya Di-Raja siasatan insiden sama,saya pasti 100%, Tribunal jika
ditubuhkan, akan mendapati dakwaan terhadap Gani Patail kerana
kesalahan mereka beberapa keterangan palsu, adalah benar dan betul.
Pada pendapat saya,kemampuan untuk membuktikan bahawa Gani Patail dan
pengsubahatan Musa Hassan dalam memalsukan beberapa keterangan dan
penggunaannya dalam prosiding-prosiding kehakiman terhadap Anwar
Ibrahim, merupakan perkara yang sangat dibimbangi oleh PM Najib sendiri
dan Kerajaan keseluruhannya.
Mungkin atas kebimbangan inilah, PM Najib dan Kerajaan sedaya upaya,
akan melindungi Gani Patail dan Musa Hassan daripada dibawa kehadapan
mana-mana juga prosiding kehakiman, jika terma rujukkannya, adalah untuk
menyiasat kesalahan membuat atau merekacipta atau memberi keterangan
palsu dalam penyiasatan atau pendakwaan, khususnya jika melibatkan
Anwar.
FAKTOR ANWAR IBRAHIM.
Saya percaya umum dapat menyimpulkan,bahawa apabila Gani Patail dan
Musa Hassan dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan dan
menggunakan dalam perbicaraan, sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim
disabitkan kesalahan dan dihukum penjara, maka sekaligus dan dengan
sendirinya, membuktikan bahawa memang benar Anwar telah teraniaya selama
ini.
Apabila ini berlaku,bukan sahaja Gani Patail dan Musa Hassan akan
berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh
berjumlah sehingga 21 tahun,malahan kredibiliti Kerajaan akan musnah
sama sekali.
Apa pun keadaannya,PM Najib dan Kerajaan tidak boleh terus melindungi
Gani Patail dan Musa Hassan.Keterangan untuk mensabitkan mereka dengan
kesalahan merekacipta keterangan-keterangan palsu,seperti yang sedia ada
dalam tangan PM sendiri, serta lain-lain yang telah didedahkan, adalah
terlalu kukuh untuk dicabar.Malah lebih konklusif dari DNA.Saya tekankan
bahawa mereka berdua tidak ada defense.
KEADILAN AWAM.
Kesalahan membuat atau memberi keterangan-keterangan palsu seperti
yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan, bukan kesalahan
terhadap mana-mana individu persaorangan. Kesalahan yang mereka lakukan
adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dan Negara.
Saya menegaskan bahawa mereka berdua yang memilih untuk melakukan
kesalahan-kesalahan jenayah itu secara sengaja, dengan kemahuan dan
untuk kepentingan dan faedah diri mereka sendiri.Mereka tidak boleh
mengaitkan mana-mana pihak ketiga atau mana-mana pemimpin Negara dahulu
atau sekarang dalam tindakan mereka.
Saya sendiri yang telah menyampaikan pesanan dan arahan mantan
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammed, secara lisan dan bertulis kepada
Peguam Negara dan Gani Patail persendirian, serta pucuk pimpinan PDRM
ketika itu, bahawa beliau(Tun Mahathir) tidak mahu sebarang ‘cover-up’
dilakukan oleh mana-mana pihak yang mengendalikan kes siasatan
melibatkan Anwar Ibrahim.
Selain itu,saya telah memberi amaran lisan dan bertulis kepada Gani
Patail , bahawa jika beliau terus menggunakan khidmat Dr.Rahman Yusof
sedemikian itu,akan timbul ‘complications’ dikemudian hari kelak.Namun
Gani Patail tidak menghiraukan amaran itu dan terus melakukan apa yang
telah berlaku.
KESIMPULAN.
Saya mengambil tanggung jawab atas kebenaran segala fakta yang
terkandung dalam surat ini.Saya sedar akan risiko dan konsekuennya,
sekiranya terbukti kenyataan-kenyataan saya adalah tidak benar atau
palsu.
Sepertimana juga orang lain,saya juga mempunyai hak untuk diberi
pendengaran yang adil dan membersihkan diri saya dari dakwaan serious
mereka keterangan palsu yang dinamakan bersama Gani Patail,Musa Hassan
dan Dr.Rahman dalam siasatan insiden mata-lebam seperti yang diadukan
oleh Anwar Ibrahim pada 1.7.2008 itu.
Lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam,saya sedar,saya tahu dan saya
melihat dengan mata dan kepala saya sendiri, bahawa dakwaan yang
dilontarkan terhadap Gani dan Musa seperti yang dilaporkan itu, adalah
benar dan betul.
Saya bersedia memberikan keterangan ‘no holds barred’ secara
bersumpah dihadapan Tribunal bila dan jika dibentuk,supaya tidak ada
sebarang keraguan lagi dalam perkara ini,untuk membolehkan Negara
mengorak langkah kehadapan, tanpa terbantut dengan karenah Gani Patail
dan Musa Hassan lagi.
Tidak salah bagi saya untuk meminta diri saya sendiri disiasat kerana
dakwaan mereka keterangan palsu ketika menjadi Ketua Penyiasat insiden
mata-lebam 1998,memandangkan Parlimen sendiri mengesahkan saya bukan
sabjek penyiasatan SPRM dan tidak boleh dibersihkan daripada dakwaan
tersebut, sedangkan pesalah-pesalah tegar yang sebenar telah dibersihkan
pula.
Sebaiknya jika Gani Patail dan Musa Hassan dapat berpadu tenaga,
untuk meminta PM membenarkan Tribunal dibentuk supaya kemelot ini dapat
diselesaikan once and for all,daripada terus dibiarkan membelenggu
rakyat.
Kini saya serahkan kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk
membuat sesuatu keputusan yang betul,adil dan saksama, bersandarkan
kepada peraturan Undang-Undang; sepertimana rayuan bertulis saya kepada
beliau pada 19.2.2009.
Yang salah itu tetap salah,yang benar itu kita katakan benar.
Salam sejahtera.
Mat Zain Ibrahim.
16.03.2012.
Salinan:
YAB Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri,
Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
Putrajaya.
najib@pmo.gov.my
-LKS-
No comments:
Post a Comment