Tuesday, 12 August 2014

GANI SEUMPAMA ANTI GRADUAN SYARIAH

Seorang peguam yang tidak mahu dinamakan (mengikut jejak Malaysian Insider dan Malaysiakini) telah menulis kepada kami mengenai nasib graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau mempersoalkan kenapa graduan Undang-Undang daripada USIM masih belum diberikan pengiktirafan di bawah Legal Profession Qualifying Board (LPQB) yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.

Berikutan permasalahan ini, graduan USIM langsung tidak diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai undang-undang dalam JUDICIAL & LEGAL SERVICE sekalipun Kursus Undang-undang selama 5 tahun dI USIM itu telah mendapt pengiktirafan MQA dan JPA sama seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Pengorbanan masa dan kewangan yang dibelanjakan untuk krusus undang-undang terbabit selama 5 tahun, seakan dihampakan apabila ijazah yang diterima mereka tidak melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan keadilan dan perundangan.

Ini bukanlah kejadian kali pertama diskriminasi seperti ini berlaku, sebelum ini graduan undang-undang dari Universiti Utara Malaysia mendapat halangan yang sama dari LPQB untuk mengamalkan profession perundangan. Setelah isu ini dibangkitkan serta diperjuangkan, graduan undang-undang dari UUM kemudiannya diterima sebagai pengamal undang-undang yang diiktiraf di bawah Legal Profession Act 1976 (Act 166) bermula 16 Mac 2008.

Walaubagaimanapun, pengiktirafan itu diterima dengan penerimaan bersyarat. Mereka diwajibkan untuk mengikuti kursus Programme on Conveyancing Practise, Drafting Pleadings and Opinion Writing yang dijalankan oleh Majlis Peguam. Mereka dimestikan mendapat sijil melengkapkan kursus tersebut semasa tempoh pembelajaran (1).

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong yang juga merupakan penyokong kuat COMANGO (2) mengeluarkan kenyataan rasmi dari Bar Council mengenai kursus-kursus yang diiktiraf JPA dan MQA, tetapi tidak diiktiraf oleh LPQB. Kenyataannya boleh dibaca di sini.

Peguam tersebut mempersoalkan, kenapa sebagai Pengerusi Badan Kelayakan (Qualifying Board), Tan Sri Abd Gani Patail seolah-olah telah mendiskriminasi beratus-ratus graduan undang-undang di kalangan Melayu Islam dari USIM dengan TIDAK MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN kepada KURSUS UNDANG-UNDANG DI Fakulti Syariah dan Undang-undang-USIM.

Apakah wujud dasar-dasar diskriminasi tertentu dalam hal ini yang dilaksanakan secara bersama dengan BAR Council yg amat skeptik terhadap kursus Undang-undang yang digabungkan dengan Syariah. Menurut peguam terbabit, inilah yang puncanya peguam-peguam di negara ini buta langsung tentang aspek Kedaulatan Islam sebagai AGAMA NEGARA.

Lantas kedudukan Islam sebagai agama negara pun telah diubah kepada hanya berfungsi sebagai pembuka majlis-majlis rasmi.

Kepincangan dalam soal sebegini harus diperhatikan menurutnya jika mahu prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukunegara dihormati dan diletakkan pada tempatnya yang sepatutnya.

Kes ini tidak hanya unik kepada USIM dan UUM yang berlaku sebelum itu. Malah graduan daripada Unisza juga mendapat halangan yang serupa.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Islam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendesak LPQB mengiktiraf graduan USIM (4).

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini, beliau berkata bahawa tiada apa-apa alasan untuk menolak graduan undang-undang dari USIM daripada mendapat pengiktirafan LPQB. Garduan USIM menghabiskan masa yang lebih panjang iaitu lima tahun berbanding tiga tahun dari graduan undang-undang tempatan yang lainnya.

Malah silibus dan subjek undang-undang yang dipelajari graduan USIM nyata lebih luas cakupannya kerana memasukkan subjek perundangan syariah yang dipelajari dengan undang-undang lainnya secara serentak.

Pada ketika 2012, Datuk Zainul Rijal telah menyatakan bahawa pihak mereka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah pengiktirafan graduan USIM dari LPQB. Isu itu pada ketika itu sudah berlanjutan lebih dari tiga tahun. Sehingga hari ini di tahun 2014, isu pengiktirafan graduan USIM masih belum diselesaikan.

Apa sebenarnya masalah LPQB di bawah Tan Sri Abd Gani Patail dengan keupayaan graduan USIM? Apakah ada wujud sikap diskriminasi tertentu yang tidak dijawab berkenaan isu ini?

Isu ini telah cuba ditangani oleh banyak pihak sejak beberapa tahun yang lalu. Ini adalah satu bentuk kes yang malang bagi graduan-graduan yang telah memperlengkapkan diri dengan keupayaan yang lebih dari keupayaan average graduan perundangan universiti yang lain. Lihat sahaja usaha keras yang telah dibuat oleh pihak USIM untuk mendapatkan pengiktirafan bagi graduan undang-undang universiti tersebut:


KRONOLOGI PENGIKTIRAFAN PROGRAM SARJANA MUDA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (SMSU), FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, USIM (5)

Tarikh

Perkara/ Tindakan

15 Jun 2004

Kelulusan penawaran program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (SMSU) diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi. (Rujukan: KP.SP1(7312/1/Jld.21(25)).

Jun 2005/2006

Ambilan pertama pelajar program SMSU.



17 Julai 2008

Bagi program dari IPTA yang telah diluluskan oleh JKPT sebelum 1 Jun 2008, permohonan pengiktirafan kelayakan hendaklah dikemukakan kepada JPA (Perkara: Menerima pakai kelayakan yang telah mendapat perakuan akreditasi daripada MQA bagi tujuan pengiktirafan kelayakan. Rujukan : KPT(KSU)07/01/01Jld6(4)).

Bagi pengiktirafan kelayakan dalam bidang professional seperti undang-undang perbincangan dengan badan-badan profesional berkaitan hendaklah diadakan sebelum dan dipertengahan kursus dijalankan (Pekeliling Perkhidmatan JPA Bil 10 Tahun 2001, Garis Panduan permohonan Pengiktirafan kelayakan untuk IPTA, perkara 4 dan 6).

 22 December 2009

Pengiktirafan JPA


6 Januari 2010


Pengiktirafan JPA mengambilkira semakan semula nama program (Rujukan: JPA(L)S.180/8/1-96Klt.5(89))

16 Mac 2010

Permohonan pengiktirafan pengecualian menduduki Certificate in Legal Practice (CLP) daripada Legal Profession Qualifying Board (LPQB).


16 June 2010


Fakulti menerima surat jawapan daripada LPQB menyatakan, LPQB akan mempertimbangkan permohonan tersebut selepas melalui proses akreditasi oleh MQA.

8 Julai 2010

Fakulti  menghantar surat makluman kepada LPQB mengenai status program SMSU yang telah diberikan 'deemed accreditation' seperti yang telah dimaklumkan oleh MQA. Oleh yang demikian, tiada keperluan untuk melalui proses akreditasi  oleh MQA.

1 September 2010

Pelajar cohort pertama SMSU bergraduat.

18 November 2010

Fakulti menerima surat daripada LPQB memaklumkan bahawa 'Committess of Auditors akan dilantik oleh LPQB dan lawatan audit akan dijalankan  pada pertengahan 2011.


28 Januari 2011

Fakulti  menghantar pertanyaan mengenai maklumat mengenai lawatan audit.

Fakulti menerima surat daripada LPQB memaklumkan bahawa maklumat mengenai lawatan audit tidak dapat diberikan kerana memerlukan kelulusan oleh LPQB terlebih dahulu.



11 Februari 2011

Fakulti memaklumkan kepada Dekan, Timbalan Dekan Distinguished Fellow, ketua-ketua program, Penolong Pendaftar, BPPS, Perpustakaan dan PIPP untuk bersedia menghadapi lawatan audit tersebut.

Fakulti menerima surat daripada LPQB menetapkan Board memutuskan untuk menimbangkan permohonan fakulti selepas proses akreditatsi oleh MQA sepertimana amalannya di UUM dan MMU.

26 September 2011

Fakulti menghantar dokumen kepada PIPP, USIM untuk disemak.

7 Oktober 2011

Dokumen berserta ulasan diserahkan semula kepada Fakulti.

24 Oktober 2011

Penghantaran dokumen oleh PIPP, USIM ke MQA

21-23 Disember 2011

Laporan Panel Penilai MQA

30 Mac 2012

Penerimaan laporan penilaian perakuan akreditasi penuh untuk maklumbalas oleh Fakulti

24 April 2012

Fakulti menghantar dokumen kepada PIPP, USIM untuk dipanjangkan kepada MQA

25 April 2012

PIPP menghantar dokumen maklumbalas kepada MQA

5 Julai 2012

Makluman Awal Akreditasi Penuh SMSU

18 September 2012


Sijil Akreditasi SMSU dan makluman permohonan untuk mendapatkan Perakuan Akreditasi diterima daripada MQA (Surat MQA(S)10/13/1/1  Jld.46 (17) bertarikh 8 Ogos 2012). (Sijil dan surat diambil di MQA). SELESAI



7 Disember 2012

Surat FSU ke MQA: Permohonan pindaan tarikh mula Akreditasi Penuh supaya mencakupi kohort pertama program SMSU.


Surat FSU ke LPQB: Permohonan Pengiktirafan Profesional dan pengecualian daripada menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman bagi program SMSU.


14 Disember 2012

Surat dari LPQB Permohonan Pengiktirafan Profesional dan Pengecualian daripada menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman


17 Disember 2012


Surat dari MQA: Rayuan pindaan tarikh mula sahlaku Akreditasi Penuh di persetujui daripada tarikh 25/12/2011 ke tarikh 25/9/2010 iaitu tarikh kumpulan  graduan kohort pertama dan kedua bergraduat.

11 Disember 2012

Dokumen pertama telah dihantar ke pejabat LPQB secara serahan tangan

14 Disember 2012

Surat maklumbalas LPQB mengenai permohonan pengiktirafan dan permintaan untuk dokumen tambahan yang lebih terperinci dan melengkapkan beberapa dokumen sedia ada.

3 Januari 2013


Surat dari FSU: Makluman pindaan tarikh mula sahlaku Akreditasi Penuh di persetujui daripada tarikh 25/12/2011 ke tarikh 25/9/2010 iaitu tarikh kumpulan  graduan kohort pertama bergraduat.

6 Februari 2013


Surat Sokongan dari ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia terhadap persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).


21 Mac 2013

Surat dari FSU: Dokumenutama LPQB yang telah dikemaskini berdasarkan surat LPQB bertarikh 14 Disember 2013 dan 5 mac 2014 telah diserahkan ke LPQB.

2 April 2013

Surat Naib Canselor memohon pertimbangan agar lawatan penilaian LPQB dibuat pada Jun 2013.

4 April 2013

Perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pengiktirafan SMSU.

22 April 2013

Maklumbalas LPQB tidak dapat mempertimbangkan permohonan FSU untuk lawatan penilaian pada Jun 2013.

22 Mei 2013

Pengesahan oleh LPQB lawatan penilaian akan dilaksanakan pada 18-20 November 2013.

12 September 2013

Dokumen susulan telah dihantar kepada pihak LPQB atas permintaan LPQB

18 Oktober 2013

Dokumen susulan termasuk ‘softcopy’ dokumen berbentuk CD telah dihantar kepada pihak LPQB atas permintaan LPQB.

18-20 November 2013

Lawatan Penilaian LPQB ke USIM

21 November 2013

Surat dari LPQB meminta dokumen tambahan susulan lawatan penilaian pada 18-20 November 2013

12 Disember 2013

Kesemua dokumen tambahan berdasarkan surat LPQB bertarikh 21 November 2013 telah dihantar.

24 Disember 2013


Pengurusan FSU telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan ke-114 JPA di Putrajaya bagi persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).


6 Mac 2014

Surat dari JPA kelulusan persetaraan program SMSU dengan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), UIAM bagi tujuan lantikan gred LS41 (Pegawai Syariah).


23 Mei 2014

Surat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM mengenai status pengiktirafan SMSU.

28 Mei 2014

Surat Naib Canselor pertanyaan mengenai keputusan Lawatan Penilaian LPQB yang dibuat pada 18-20 November 2013.

5 Jun 2014

Surat Naib Canselor kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tingg, KPM memaklumkan status pengiktirafan program SMSU yang masih menunggu keputusan daripada LPQB.


Sehingga hari ini, sejak diusahakan sejak bertahun-tahun yang lepas termasuk dengan percubaan bantuan daripada Persatuan Peguam-Peguam Islam Malaysia, graduan USIM masih lagi menunggu pengiktirafan dari pihak LPQB yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abd Gani Patail.


Kenapa perkara seumpama ini boleh dibiarkan berlanjutan sehingga menganiaya status graduan-graduan Islam yang berkeupayaan memahami serta mempelajari dua sistem undang-undang di dalam negara?


APA MAKNANYA NI... Kami minta satu jawapan dari KPN berhubung kenyataan Ghani Patail.


KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar turut diam dan tidak menyanggah kenyataan Ghani Patail yang meminta polis jawab mengenai desakan Pemuda UMNO.

Adakah Khalid Abu Bakar juga pondan sehingga tiada satu kenyataan balas pun yang keluar dari mulut IGP sedangkan kenyataan Ghani Patail menggambarkan pihak polis yang bersalah dan harus dipertanggungjawabkan.

IGP tak mahu pertahan penat lelah anak-anak buah dalam pasukan PDRM yang penat pergi tahan orang, buka Kertas Siasatan tapi tiada pendakwaan dilakukan.

Friday, 8 August 2014

GANI TAK TERIMA GRADUAN USIM

Maklumat yang kami perolehi, AG bukan sahaja menindas umat Melayu Islam secara umum, malah dia juga menjalankan polisi penindasan terhadap Melayu Islam di Jabatannya dan di dalam dunia amalan guaman.

Sebagai Pengerusi Badan Kelayakan (Qualifying Board) dia telah mendiskriminasi beratus-ratus graduan undang-undang di kalangan Melayu Islam dari USIM dengan TIDAK MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN kepada KURSUS UNDANG-UNDANG DI Fakulti Syariah dan Undang-undang-USIM. Malah graduan USIM langsung tidak diberikan peluang utk berkhidmat sbg pegawai undang-undang dalam JUDICIAL & LEGAL SERVICE sekalipun Kursus Undang-undang selama 5 tahun dI USIM itu telah mendpt pengiktirafan MQA dan JPA sama seperti UIA.

Sebelum ini diskriminasi atas sentimen kebencian kpd Melayu/Islam itu dilakukan kpd graduan Undang-undang dari UUM. Bertahun juga mereka fight. Akhirnya mereka dapat pengiktirafan dengan syarat-syarat tertentu.

Dasar apartheid AG dalam hal ini dilaksanakan secara bersama dengan BAR Council yg amat skeptic terhadap kursus Undang-undang yang digabung dengan Syariah. Inilah puncanya peguam-peguam di negara ini buta langsung tentang aspek Kedaulatan Islam sebagai AGAMA NEGARA. Ia juga terserlah dalam benak kepala AG yang berpendidikan sekolah missionary di Sabah.

Tuesday, 5 August 2014

KAYANYA GANI

Pertemuan Tun Mahathir, Shafee Abdullah & Mat Zain Ibrahim pada 10 Ogos 2013 ada membincangkan salah laku Ghani Patail.

Malah menurut akuan bersumpah Mat Zain, dalam pertemuan itu, Shafee mendakwa Ghani Patail melakukan pengkhianatan yang turut menimbulkan kemarahan Tun Mahathir.

Selain itu, Shafee turut menyatakan Ghani Patail mendapat layanan lebih istimewa berbanding layanan Singapura kepada seorang Menteri yang melawat negara itu.

Selepas beberapa jam, Mat Zain & Shafee terus bertemu dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang & bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff,yang turut memaklumkan masalah Ghani Patail kepada Tun Mahathir.

Susulan pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain membuat pengakuan berkanun berhubung perkara tersebut pada 7 Oktober 2013.

Malah menurut Mat Zain, Shafee turut menjelaskan bahawa satu jumlah wang yang sangat besar dipindahkan ke dalam akaun bank Ghani di Hong Kong.

JANGAN LUPA DALANG PENGKHIANATAN PULAU BATU PUTEH


Hasrat dan titah Almarhum Tuanku Sultan Iskandar kini diteruskan anakandanya Tuanku Sultan Ibrahim.

Ayuh rakyat Johor kita bangkit menyokong titah Sultan Ibrahim untuk menubuhkan pasukan khas rayuan membatalkan keputusan ICJ pada 23 Mei 2008.

Ini semua salah orang luar (Ghani Patail) yang ditugaskan mempertahankan kes tersebut pada tahun 2008.

Ayuh dapatkan semula kedaulatan kita!

PURPOSELY GIVEN TO SINGAPORE

PULAU PUTIH MATA